Jawatan Kosong Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 2025
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup July 04, 2025
- Lokasi penempatan Seluruh Malaysia
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Perpustakaan Desa (PD), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagaimana berikut.Bil. | Jawatan dan Gred | Kekosongan | Taraf | Penempatan |
---|---|---|---|---|
1. | Penolong Pustakawan Gred S5 | 9 | Kontrak | Seluruh Negeri |
2. | Pembantu Pustakawan Gred S1 | 29 | Kontrak | Seluruh Negeri |
3. | Pembantu Khidmat Am Gred H1 | 50 | Kontrak | Seluruh Negeri |
Tarikh tutup permohonan 04 Julai 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah melengkapkan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Borang Permohonan dan dokumen lengkap hendaklah diterima oleh Perpustakaan Negara Malaysia selewat-lewatnya pada 4 Julai 2025 pukul 5:00 petang. Penerimaan borang selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan diterima. Borang Permohonan dan dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar ke alamat :
Pengarah,
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia,
Perpustakaan Negara Malaysia,
Aras 6, Bangunan Anjung Bestari,
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur
3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
03-2687 1899/ 1798/ 1908/ 1802/ 1701
Pautan
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Muat turun Borang Permohonan Jawatan disini
Post a Comment