All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin 2026

Penolong Juruukur Bahan Gred JA5

Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,650 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup May 31, 2026
  • Lokasi penempatan Melaka

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sebagaimana berikut.

1. Penolong Juruukur Bahan Gred JA5

Tarikh tutup permohonan 31 Mei 2026 (Ahad).
Lokasi penempatan : MP Jasin Melaka
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Penolong Juruukur Bahan Gred JA5
Kelayakan : Sijil/ Diploma
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620.00

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Memiliki kelayakan seperti berikut :
(i) Sijil Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
(ii) Diploma Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00); Dan
(iii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

1. Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara online melalui google form yang disediakan oleh pihak MP Jasin. Sila kepautan yang dibserikan di bawah.

2. Calon dikehendaki memuat turun syarat lantikan di bawah untuk melihat syarat-syarat kelayakan sebelum membuat permohonan. Sila muat turun pada pautan syarat kelayakan di bawah.

3. Permohonan secara dalam talian ini hendaklah disertakan dengan gambar terkini berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Kelahiran, salinan Sijil Berhenti Sekolah, salinan Sijil Kelayakan Akademik dan salinan sijil-sijil yang berkaitan bagi menyokong permohonan jawatan ini. Sila pastikan setiap dokumen yang dimuat naik tersebut hendaklah DISAHKAN.

4. Permohonan yang berikut akan DITOLAK sekiranya: -
i.Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
ii. Tidak lengkap;
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan.

Catatan

(a) Hanya calon-calon yang berkelayakan dan berjaya melepasi tapisan akan dipanggil untuk temu duga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan setelah ditemu duga / selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan / temu duga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pihak Majlis Perbandaran Jasin berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.
(d) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online (google form) disini

** Pemohon hendaklah mempunyai akaun google atau gmail.com sebelum membuat permohonan.

Post a Comment