All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yong Peng (MDYP)

Majlis Daerah Yong Peng (MDYP)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 06, 2025
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak negeri Johor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA5
2. Penolong Pegawai Undang-Undang L5
3. Pembantu Penilaian W1
4. Juruteknik Komputer FT1
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1
6. Pembantu Khidmat Am H1
7. Pembantu Khidmat Am (Pemandu) H1

Tarikh tutup permohonan 06 Jun 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MDYP Johor.
Sektor : Badan Berkanun


Cara Memohon

1. Pemohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Pemohonan Jawatan dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Yong Peng yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama dengan:-

i. Sekeping gambar terkini berukuran passport;
ii. Salinan Kad Pengenalan Diri, Sijil Kelahiran, Sijil Diploma, Ijazah (bagi Diploma dan Ijazah termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semesta), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Berhenti Sekolah, dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti aktiviti-aktiviti kokurikulum ketika bersekolah.

SALINAN SIJIL HENDAKLAH DIAKUI SAH OLEH PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL GRED 9 KE ATAS SAHAJA.

3. Pemohon daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

4. Sila hantar borang permohonan berserta dokumen lengkap ke alamat seperti tertera di bawah sebelum atau pada tarikh tutup iklan jawatan.

PEJABAT MAJLIS DAERAH YONG PENG
KM.1 JALAN LABIS
83700 YONG PENG
JOHOR DARUL TA'ZIM
TEL : 07-4671276

Tarikh tutup permohonan adalah pada 06 Jun 2025 (Jumaat).

5. Calon bagi jawatan JA5 dan L5 adalah diminta untuk menyediakan Satu (1) Video ringkas yang mengandungi pengenalan diri, pengalaman kerja yang barkaitan, serta hasrat dan matlamat sekiranya diberi peluang untuk menjawat jawatan ini (tidak lebih dari 90 saat).

Emelkan ke alamat emel berikut: mdyp@johor.gov.my


Permohonan berikut akan ditolak:

(a) Tidak mengunakan Borang Permohonan daripada Majlis Daerah Yong Peng;
(b) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
(c) Permohonan tidak lengkap atau tidak terang;
(d) Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana dalam iklan;
(e) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penjawat Awam;
(f) Tidak ditandatangani;
(g) Sekiranya borang tidak diisi dengan LENGKAP atau tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, Pengurusan Pentadbiran Majlis boleh menolak permohonan calon serta-merta.

Nota / Catatan Am

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga;

2. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri;

3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan anda TIDAK BERJAYA).

Pautan

Ikan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini

Post a Comment