Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak (MDT) 2025
Majlis Daerah Tangkak (MDT)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak (Interim)
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup June 23, 2025
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Tangkak (MDT) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak (Interim) di Majlis Daerah Tangkak (MDT) sebagaimana berikut.1. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1
2. Pembantu Khidmat Am Gred H1
Tarikh tutup permohonan 23 Jun 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : MDT Johor.
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Semua permohonan hendahlah disertakan :
(i) Salinan kad pengenalan yang telah disahkan
(ii) Salinan sijil kelahiran yang telah disahkan
(iii) Salinan sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan
(iv) 1 keping gambar berukuran passport
(v) Lain-lain sokongan yang telah disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Gred 41 dan ke atas.
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
84900 TANGKAK, JOHOR.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :23 JUN 2025 (ISNIN)
Perhatian
(a) Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Kuasa-Kuasa Tempatan/Badan Berkanon hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 Peraturan 18.
(b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan-permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(c) Segala perbelanjaan kerana kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.
Pautan
Muat iklan dan syarat kelayakan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Post a Comment