All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Jobs Overview

  • Taraf Personel MySTEP
  • Gaji RM2,100
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 08, 2026
  • Lokasi penempatan Kedah

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahu pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP Setaraf 29
(Penolong Arkitek Landskap)

Kadar Upah : RM2,100.00 Sebulan
Kelayakan : Diploma
Tempoh : 1 November 2026 - 31 Disember 2026.
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.

Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : LADA Langkawi, Kedah
Sektor : Badan Berkanun

Syarat Kelayakan

1. Diploma Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
2. Diploma Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
3. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugasan

1. Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja lapangan, surihan, penyediaan lukisan ilustrasi, penyediaan pelan dan dokumentasi, pemantauan, pemuliharaan landskap, penyelidikan dan pengurusan.
2. Membantu melaksanakan kerja-kerja pengumpulan maklumat untuk perancangan dan reka bentuk projek pembangunan landskap.
3. Menyediakan cadangan reka bentuk, pelan-pelan konsep dan laporan cadangan kos projek-projek pembangunan landskap.
4. Membantu melaksanakan pembinaan projek pembangunan landskap dan menyedia program pembangunan rekreasi.
5. Membantu pelaksanaan kerja-kerja pemantauan penggunaan dan penguatkuasaan dasar, akta, garis panduan dan peraturan berhubung dengan landskap.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi di laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs. Sila ikuti panduan permohonan di MYFutureJobs di bawah.

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah sehingga 8 Oktober 2026 (Khamis).
Cara Membuat Permohonan di MYFutureJobs
  1. Sila ke laman > MYFutureJobs

  2. Kemudian sila ke Menu Bar dan klik Find Jobs / Cari Pekerjaan.

  3. Pada ruangan carian sila masukkan katakunci 'Lembaga Pembangunan Langkawi' dan tekan button 'Search'.

  4. Klik pada jawatan yang ingin dimohon.

  5. Tekan button 'Apply' dan sila login atau daftar baru (bagi pemohon yang belum mendaftar) untuk membuat permohonan jawatan.