All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong PTG Selangor 2025

Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1

Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGS)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup August 21, 2025
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGS) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada ANAK NEGERI SELANGOR berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan KONTRAK di Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGS) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1

Tarikh tutup permohonan 21 Ogos 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : PTGS Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1
Kekosongan : 6
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia kelahiran Selangor atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Selangor atau telah bermastautin di negeri selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


c. i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan nya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan pada Gred KP1: RM 1,500.00) atau 
ii. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
iii. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
iv. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau
v. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).

d. memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan
ii. 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

2. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon

1. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan), salinan MyKad, salinan kelulusan kademik, salinan sijil berhenti sekolah dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 9 ke atas)/Pengetua/Guru besar/Penghulu sahaja;

2. Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;

3. Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang PTGS/BKP-2025 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah dan sila kemukakan permohonan ke alamat berikut;

PENGARAH
PEJABAT TANAH DAN GALIAN
SELANGOR TINGKAT 4, 
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, 
BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40576 SHAH ALAM
(u/p: Unit Perkhidmatan/Perjawatan)

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 21 OGOS 2025.

Nota:
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
Pautan

Muat turun Borang Permohonan dan Borang Pengesahan disini

Post a Comment