All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong PERHEBAT Januari 2026

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Pengalaman kerja10 Tahun
  • Gaji RM6,560 - RM20,200
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup January 02, 2026
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) sebagaimana berikut.

1. Timbalan Ketua Pengarah
Penempatan : Pejabat Timbalan Ketua Pengarah, Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh
Jafual Gaji Min - Maks : RM6,560.00 - RM20,200.00

Tarikh tutup permohonan 02 Januari 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Syarat dan Kelayakan

i. Warganegara Malaysia;
ii. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iii. Telah disahkan dalam perkhidmatan (jika calon dari perkhidmatan PERHEBAT dan Perkhidmatan Awam);
iv. Bebas daripada tindakan tatatertib, rekod jenayah atau pertuduhan yang belum selesai;
v. Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi dan berkebolehan berhubung secara berkesan di semua peringkat adalah satu kelebihan;
vi. Sihat tubuh badan dan fizikal untuk melaksanakan tugas;
vii. Mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam pengurusan/ operasi.

Senarai Tugas Timbalan Ketua Pengarah

1. Membantu Ketua Pengarah dalam merancang, melaksana dan memantau dasar, strategi serta operasi keseluruhan PERHEBAT.
2. Menyelaras dan mengawasi pelaksanaan program latihan peralihan bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan bersara, termasuk aspek pengurusan pusat latihan.
3. Memantau prestasi dan keberkesanan program pembangunan kerjaya kedua bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
4. Menyelia bahagian di bawah tanggungjawab operasi, termasuk latihan, pembangunan perniagaan, pemantauan dan penilaian.
5. Menyediakan laporan pengurusan kepada Ketua Pengarah dan Lembaga Pengarah PERHEBAT.
6. Menjamin pematuhan dasar, peraturan kewangan dan tatakelola kerajaan dalam pelaksanaan semua aktiviti dan perbelanjaan.
7. Menjamin hubungan strategik dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), agensi awam dan swasta, industri dan pihak berkepentingan bagi memperkukuh peluang latihan, penempatan kerja dan keusahawanan.
8. Menyelia keberkesanan pentadbiran dalaman, termasuk kewangan, pembangunan sumber manusia dan teknologi yang menyokong fungsi latihan.
9. Melaksanakan tanggungjawab semasa ketiadaan Ketua Pengarah, bagi memastikan kesinambungan urusan pentadbiran dan operasi.
10. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume serta salinan sijil dan diemelkan kepada alamat emel : hr@perhebat.com.my / sumbermanusiaperhebat@gmail.com

2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Januari 2026 (Jumaat), jam 12.00 tengahari.

5. Segala pertanyaan boleh hubungi Puan Nurul Adilah binti Mohd Roslan di talian 03-61569412 samb. 1026.

Post a Comment