Jawatan Kosong PADAT 2025
Artis Budaya Gred B1
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup June 03, 2025
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) sebagaimana berikut.1. Artis Budaya Gred B1
Tarikh tutup permohonan 03 Jun 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : PADAT Selangor
Sektor : Kerajaan
1. Artis Budaya Gred B1
Kumpulan : Pelaksana
Taraf jawatan : Kontrak
Kekosongan : (4) Empat
Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00
Elaun dan Kenaikan Gaji Tahunan
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Elaun Sara Hidup : Antara RM150.00 – RM350.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Elaun Sara Hidup : Antara RM150.00 – RM350.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1 : RM1,500.00); dan
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1 : RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1 : RM1,500.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1 : RM1,561.00); atau
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,622.00).
(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Ujian Khas
Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas (Ujibakat) bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PADAT (1) yang boleh dimuat turun pada pautan di bawah dan dialamatkan kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor,
D/A Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam.
ii. Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar penuh berukuran 3R berwarna.
iii. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan mestilah melalui Ketua Jabatan.
iv. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga dan permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.
v. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup ATAU selepas 6 bulan dari tarikh temu duga (sekiranya dipanggil temu duga) adalah dianggap tidak berjaya.
vi. Tarikh Tutup Permohonan : 03 Jun 2025 (Selasa)
Pautan
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Post a Comment