All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia (JMM) 2025

Jabatan Muzium Malaysia (JMM)

Jobs Overview

  • Keperluan Lelaki
  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,650 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup July 03, 2025
  • Lokasi penempatan Semenanjung Malaysia

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Jabatan Muzium Malaysia (JMM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Muzium Malaysia (JMM) sebagaimana berikut.

1. Penolong Kurator Gred S5
Kekosongan : 4 Simpanan : 20
Keperluan : Lelaki

Tarikh tutup permohonan 03 Julai 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur/ Semenanjung Malaysia
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Penolong Kurator Gred S5
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
(iv) Diploma dalam bidang Seni Lukis, Seni Reka, Seni Halus, Seni Bina, Sains, Permuziuman, Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 03 Julai 2025 (Khamis), jam 11.59 malam.

Pautan

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini

Post a Comment