All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK5

Penolong Penguasa Kastam Gred WK5

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,650 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup November 20, 2025
  • Lokasi penempatan Seluruh Malaysia

Jobs Detail

Pengambilan terkini di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagaimana berikut.

1. Penolong Penguasa Kastam Gred WK5
Kekosongan : 30 Simpanan : 40

Tarikh tutup permohonan 20 November 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Penolong Penguasa Kastam Gred WK5
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana / Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK5: RM1,650.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK5: RM1,650.00); atau
(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK5: RM1,650.00); atau
(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK5: RM1,893.00).

b. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
dan

c. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 20 November 2025 (Khamis), jam 11.59 malam.

Pautan

Permohonan dan kemaskini permohonan secara online di SPA9 disini

Post a Comment