All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak (Interim)
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 29, 2026
  • Lokasi penempatan Seluruh Malaysia

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) / Maritim Malaysia 2026. Permohonan adalah dipelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak (Interim) di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagaimana berikut.

1. Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Tarikh tutup permohonan 29 September 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Badan Berkanun/ Kerajaan

Jawatan : Laskar Kelas II Maritim Gred T1
Kekosongan : 106
Simpanan : 318
Jadual Gaji : RM1,500.00 (Minimum) - RM4,680.00 (Maksimum)
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Dan
b. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 29 September 2026 (Selasa), jam 11.59 malam.

Pautan

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini