Pengambilan Terkini Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM1,925 - RM5,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 10, 2026
- Lokasi penempatan Seluruh Malaysia
Jobs Detail
Pengambilan terkini Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2026. Permohonan adalah dipelawa Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 25 tahun pada 1 Februari 2027 serta berkelayakan untuk mengisi pengambilan terkini Perajurit Muda (PJM) Udara Siri 72/27 (Lelaki Dan Wanita) sebagaimana berikut.1. Perajurit Muda (PJM) Udara TUDAM Siri 72/27 (Lelaki dan Wanita)
Tarikh tutup permohonan 10 Oktober 2026 (Semenanjung).
Tarikh tutup permohonan 27 September 2026 (Sabah dan Sarawak).
Syarat-Syarat Kelayakan
1. Warganegara Malaysia.
2. TIDAK berkahwin bagi pemohon wanita.
3. Berumur 18 hingga TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Feb 2027.
4. Lepasan SPM atau SVM.
5. Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
6. Lepasan diploma dari pelbagai bidang.
Calon-calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik, Sains dan Teknologi serta yang berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM.
Calon Lepasan Diploma
Calon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberi keutamaan.
Kelayakan Akademik Bagi Lepasan SPM/SVM
Calon-calon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris
b) Matematik
c) Sains
d) Fizik
Taraf Kesihatan
Taraf Kesihatan - Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, penyakit kronik dan penyakit keturunan.
Penglihatan - Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta TIDAK rabun warna.
Syarat minimum ukuran fizikal
Lelaki
Tinggi Minimum : 1.62 meter
Berat Minimum : 47.5 kilogram
Wanita
Tinggi Minimum : 1.57 meter
Berat Minimum : 45 kilogram
1. Gaji Permulaan
| Skim/ Gaji | Jumlah** |
|---|---|
| Latihan Perajurit Muda (6 bulan) | RM1,925.00 |
| Skim SPM atau SVM | RM2,035.00 |
| Skim SKM Tahap 2 | RM2,107.00 |
| Skim SKM Tahap 3 | RM2,179.00 |
| Skim Diploma Kejuruteraan | RM2,539.00 |
3. Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) - Bayaran Insentif Khas Pasukan Udara, Bayaran Insentif Krew Kapal Terbang, Bayaran Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan.
4. Keistimewaan - Rawatan perubatan dan pergigian, pakaian seragam, waren perjalanan tahunan, sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang serta caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Cara Membuat Permohonan
1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online dengan mendaftarAkaun Pemohon dan mengisi borang permohonan melalui laman E-Pengambilan TUDM, sila kepautan yang diberikan di bawah.
Perhatian
Permohonan secara walk-in ke Pusat Pemilihan adalah TIDAK diterima.
Pautan
Permohonan jawatan TUDM secara online disini