All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 233/27

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Jobs Overview

  • Jantina Lelaki / Wanita
  • Umur18 - 25
  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,925 - RM2,539
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup November 30, 2026
  • Lokasi penempatan Seluruh Malaysia

Jobs Detail

Pengambilan terkini Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 25 tahun pada tarikh Jun 2027 serta berkelayakan untuk memohon jawatan Perajurit Muda (PtM) TLDM Siri 233/27 bagi Lepasan SPM/SVM (Lelaki/Wanita) dan Lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki) Tahun 2027.

  1. Perajurit Muda (PtM) TLDM Siri 233/27 (Lelaki/Wanita)

Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2026 (Isnin)


1. Syarat-Syarat Kelayakan Umum

  • Lelaki dan wanita warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 25 tahun pada tarikh JUN 2027.
  • Lepasan SPM dan SVM – Lelaki dan Wanita.
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan daripada Politeknik / Universiti Awam / Swasta – Lelaki.
  • Taraf perkahwinan: BUJANG.
  • Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang boleh berenang.

2. Kelayakan Akademik Bagi Lepasan SPM/SVM

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah.

2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

3. Kelayakan Akademik Bagi Lepasan Diploma Kejuruteraan

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah.
  2. Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi (pengiktirafan rasmi).
  3. Mempunyai diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) seperti berikut:
    • a. Diploma in Engineering.
    • b. Diploma in Electrical Engineering.
    • c. Diploma in Electronics Engineering.
    • d. Diploma in Electrical and Electronic Engineering.
    • e. Diploma in Marine Engineering.
    • f. Diploma in Software Engineering.
    • g. Diploma in Microelectronic Engineering.
    • h. Diploma in Information Engineering.
    • i. Diploma in Telecommunication Engineering.
    • j. Malaysian Skills Diploma.
    • k. Malaysian Skills Advanced Diploma.
    • l. Diploma in Technology.
    • m. Diploma in Engineering Technology.
    • n. Diploma in Aircraft Maintenance.
    • o. Diploma in Mechanical Engineering.
    • p. Diploma in Mechatronic Engineering.
    • q. Diploma in Manufacturing Engineering.
    • r. Diploma Engineering in Aircraft Maintenance.
    • s. Advanced Diploma in Engineering.
    • t. Engineering Diploma Recognized by the MQA.
    • u. Diploma in Science in Applied Science or Mathematics.
    • v. Diploma in Computer Science.
    • w. Diploma in Information Technology.

4. Taraf Kokurikulum

Pemohon yang memiliki sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberi keutamaan. Keutamaan juga diberikan kepada atlet yang sedang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf.

5. Gaji / Elaun / Keistimewaan

1. Gaji permulaan Latihan Perajurit Muda (6 Bulan): RM 1,925.00

Diperjawatan (Kelulusan):

Kelulusan Akademik / Kemahiran Gaji Permulaan (RM)
SPM atau SVMRM 2,035.00
SPM dan SKM Tahap 2RM 2,107.00
SPM dan SKM Tahap 3RM 2,179.00
Diploma Kemahiran MalaysiaRM 2,287.00
Diploma Lanjutan Kemahiran MalaysiaRM 2,305.00
Diploma TeknologiRM 2,323.00
Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam Bidang Penyelenggaraan PesawatRM 2,323.00
Diploma Sains dalam Bidang Sains Gunaan MatematikRM 2,323.00
Diploma Sains KomputerRM 2,323.00
Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus)RM 2,539.00

2. Kenaikan Tahunan: Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.

3. Bayaran Elaun Dan Insentif:
Bayaran elaun dan insentif tertakluk kepada syarat dan kelayakan:

  • Elaun Sara Hidup (COLA)
  • Elaun Perumahan
  • Elaun Eksesis
  • Elaun Operasi
  • Elaun Khidmat Laut
  • Elaun Risiko
  • Insentif Khas Pasukan Khas TLDM
  • Insentif Bayaran Insentif Penyelam Ranjau
  • Insentif Krew Kapal Selam
  • Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
  • Tuntutan Perjalanan dan Rumah ke Tempat Bertugas
  • Tuntutan Cuti Tahunan

4. Keistimewaan:

  • Rawatan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam
  • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  • Waran perjalanan tahunan
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Lain-lain kemudahan mengikut peraturan semasa

6. Taraf Kesihatan

  1. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan.
  2. Penglihatan - Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
  3. Syarat minimum ukuran fizikal:
Ukuran Minimum Lelaki Wanita
Tinggi (min) 1.62 m 1.60 m
Berat (min) 47.5 kg 46.5 kg
BMI 18.0 - 24.9 18.0 - 24.9
Beza Ukuran Dada Pernafasan 5 cm 4 cm

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (Pengambilan Perajurit Muda Siri 233/27) pada pautan yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2026 (Isnin).

Pautan

Permohonan jawatan secara online disini