All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,408 – RM4,691
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 19, 2027
  • Lokasi penempatan Pelbagai Negeri

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Penempatan
1. Pembantu Akauntan - Gred IP12 Kontrak Bahagian Kewangan
2. Pembantu Harta Intelek - Gred IP12 Kontrak Pejabat Wilayah Utara
**Perhatian..!! Sila scroll / swipe ke kiri table di atas untuk melihat butiran penuh iklan jawatan.

Tarikh tutup permohonan 19 Oktober 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : pelbagai Negeri
Sektor : Badan Berkanun

1. Pembantu Akauntan - Gred IP12
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : RM1,408.00 – RM4,691.00

Syarat Kelayakan

• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.

Tugas dan Tanggungjawab

Peranan dan tanggungjawab adalah seperti berikut:

• Penempatan penugasan di Bahagian Kewangan;
• Mengurus dan memproses transaksi hasil, bayaran dan perakaunan;
• Membantu memastikan rekod dan transaksi kewangan direkod dengan tepat dan lengkap;
• Melaksanakan tugas berkaitan kutipan hasil, bayaran, perakaunan mengikut fungsi yang ditetapkan;
• Membantu mengendalikan kerja-kerja pemfailan dokumen-dokumen kewangan;
• Membantu proses rekonsiliasi bank dan laporan akaun secara berkala;
• Membantu menyediakan data dan maklumat kewangan bagi penyediaan laporan berkala;
• Mempunyai kebolehan untuk menyediakan infografik yang menarik bagi pelaporan kewangan;
• Mempunyai pengetahuan asas dalam pekeliling dan dasar Kerajaan berkaitan kewangan;
• Membantu proses penyediaan dokumen belanjawan;
• Membantu di dalam proses penyediaan dokumen sepanjang tempoh penutupan akaun dan pengauditan;
• Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan organisasi mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan; dan
• Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

2. Pembantu Harta Intelek - Gred IP12
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : RM1,408.00 – RM4,691.00

Syarat Kelayakan

• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tugas dan Tanggungjawab

• Penempatan penugasan di Pejabat Wilayah Utara;
• Membantu mengendalikan pertanyaan-pertanyaan mudah mengenai paten, cap dagangan, hak cipta, reka bentuk perindustrian, susun atur litar bersepadu, dan petunjuk geografi;
• Membantu menerima, merekod, mengimbas penerimaan permohonan untuk pemfailan paten, cap dagangan, hak cipta, reka bentuk perindustrian, dan petunjuk geografi;
• Membantu penyediaan laporan bulanan dan statistik permohonan, pengurusan perolehan, penyelenggaraan aset dan pengawalan sumber tugas operasi di Pejabat Wilayah dan Pejabat Satelit;
• Membantu memberi khidmat nasihat pemfailan harta intelek kepada orang awam;
• Membantu penyediaan program-program Pejabat Wilayah dan Pejabat Satelit;
• Bersedia untuk bertugas di Pejabat Satelit Ipoh dan Pejabat Satelit Alor Setar;dan
• Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui laman Portal Kerjaya MyIPO, sila kepautan yang diberikan di bawah.
2. Permohonan hendaklah dibuat sebelum arau selewat-lewatnya pada 19 Oktober 2026 (Isnin).
3. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat lantikan disini

Permohonan jawatan secara online disini