All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang

Majlis Perbandaran Pengerang

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak Interim / Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 05, 2026
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Pengerang (MP Pengerang) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Johor yang berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak Interim / Kontrak di Majlis Perbandaran Pengerang sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
2. Penolong Pegawai Senibina JA5
3. Juruteknik Komputer FT1
4. Pembantu Kemahiran H1

Tarikh tutup permohonan 05 Oktober 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : MP Pengerang, Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan (google form) dengan lengkap (sila kepautan yang diberikan di bawah) serta memuat naik dokumen dalam bentuk format pdf, sebagaimana yang dinyatakan di bawah sahaja :

1. Ringkasan maklumat peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja (resume),
2. Salinan sijil tamat persekolahan/ sijil berhenti sekolah (Sekolah Menengah),
3. Salinan lesen memandu (jika ada)
4. Salinan sijil SPM dan/atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM),
5. Salinan sijil pendidikan (Ijazah/ Diploma/Sijil/STPM),
6. Salinan semakan pengiktirafan kelayakan pendidikan dari JPA melalui laman web interaktif https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Ijazah/Diploma/Sijil)
7. Permohonan bagi jawatan Gred U5 dan JA5 adalah DIWAJIBKAN untuk menyertakan satu (1) video yang mengandungi penerangan serta jawapan kepada soalan-soalan berikut :

Soalan bagi jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, U5:

'Mengapa anda berminat untuk bekerja di Majlis Perbandaran Pengerang dan apakah salah satu isu di Pengerang ketika ini yang anda rasa anda boleh bantu selesaikan melalui jawatan yang dipohon?'

Soalan bagi jawatan Penolong Pegawai Senibina, JA5:

'Mengapakah anda berminat untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Senibina dan apakah pandangan anda mengenai kepentingan reka bentuk bangunan yang mesra alam dan mampan dalam pembangunan semasa?'

Pemohon digalakkan menghasilkan rakaman video yang menarik dan kreatif dan perlu dimuat naik ke dalam borang permohonan yang disediakan. Setiap video yang dihantar perlu dinamakan semula (rename) dengan mengandungi maklumat berikut : (Nama Pemohon_No.Kad Pengenalan_Jawatan yang dipohon)

Rakaman video hendaklah dihasilkan dengan memenuhi ketetapan berikut :

i) Berdurasi tidak melebihi 60 saat (1 minit);
ii) Menggunakan suara sebenar pemohon.

8. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan tiga (3) laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 18 Tahun 2012 di bawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan penamatan Perkhidmatan) yang perlu dibawa semasa temuduga.

9. Semua pemohon yang disenarai pendek perlu mengambil Ujian i-Psikologi, Ujian Pemahaman, Ujian Kecergasan (jika berkaitan) dan Ujian Pemanduan (jika berkaitan) berdasarkan jawatan yang dipohon. Hanya calon yang layak dan melepasi ujian-ujian tersebut akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh enam bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

Permohonan Yang DITOLAK

1. Borang permohonan yang tidak lengkap.
2. Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap.
3. Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan kerajaan.
4. Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
5. Pemohon tidak memenuhi/tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan.

Pautan

Iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Borang permohonan jawatan secara online (google form) disini