All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Muar (MPM)

Majlis Perbandaran Muar (MPM)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak / Kontrak (Interim)
  • Gaji RM1,500 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup August 05, 2026
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Muar (MPM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Johor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak / Kontrak (Interim) di Majlis Perbandaran Muar (MPM) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Tadbir N9
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa JA5
3. Penolong Arkitek Landskap JA5
4. Penolong Pegawai Tadbir N5
5. Penolong Pegawai Tadbir N5
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
7. Pembantu Penguat Kuasa KP1
8. Pembantu Tadbir (PTPO) N1
9. Pembantu Khidmat Am H1

Tarikh tutup permohonan 05 Ogos 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : MPM Johor
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

a) Pemohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2016 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.

(b) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah atau pembelian borang RM 1.00/set di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Muar, Tingkat 8, Jalan Pintasan Muar 84000 Muar, Johor sepanjang hari bekerja Isnin hingga Jumaat dari jam 08.30 pagi hingga 4.30 petang (waktu rehat jam 1.00 petang - 2.00 petang). Sila sertakan sekeping gambar terbaru berukuran passport dan salinan yang telah disahkan semua dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan.

(c) Sila kembarkan surat pengiktirafan akreditasi bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil yang boleh diakses di laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan dilampirkan bersama borang permohonan.

(d) Permohonan hendaklah disertakan ‘video resume’ yang berdurasi tidak lebih dari 3 minit dalam bentuk softcopy. Garis panduan penyediaan ‘video resume’ adalah sebagaimana berikut :

a) Video tersebut hendaklah menggunakan suara pemohon sebenar.
b) Kandungan video tersebut hendaklah merangkumi sebahagian besar perkara-perkara dibawah;
i. Ringkasan latar belakang pemohon
ii. Ringkasan latar belakang keluarga pemohon
iii. Ringkasan pengalaman kerja pemohon
iv. Pekerjaan / aktiviti terakhir atau semasa pemohon
v. Ringkasan pencapaian / anugerah tertinggi pemohon
vi. Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon
vii. Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’
viii. Ringkasan kelebihan / kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon
ix. Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon
x. Ringkasan kelemahan / kekurangan pemohon
xi. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif.
xii. Video hendaklah dihantar melalui email kepada urus setia di alamat : hr.mpmuar@gmail.com. Sila pastikan video yang dihantar mempunyai nama pemohon, no. KP dan jawatan yang dipohon.

e) Pemohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

(f) Sebarang usaha untuk membuat semakan dokumen SELEPAS borang dihantar / penghantaran borang SELEPAS tarikh iklan ditutup TIDAK AKAN DITERIMA.

(g) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

(h) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MUAR
JALAN PINTASAN MUAR
84000 MUAR, JOHOR
(u.p. : Bahagian Sumber Manusia)


Permohonan hendaklah dibuat sebelum atau selewat-lewatnya pada 05 Ogos 2026 (Rabu).

Pautan

Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini