All States
  • All States
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong MBJB – Personel MySTEP

Personel MySTEP (Setaraf SPM)

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Jobs Overview

  • Taraf MySTEP
  • Gaji RM1,900
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 23, 2026
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) 2026. Permohonan adalah dipelawa Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP (Setaraf SPM)

Tarikh tutup permohonan 23 September 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : MBJB Johor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Personel MySTEP (Setaraf SPM)
Kelayakan : SPM atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Tempoh Lantikan : Sehingga Disember 2026
Kekosongan : Dua (2)
Kadar Upah : RM1,900.00 sebulan
Keutamaan : Calon yang menetap di Johor bahru
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.

Syarat Lantikan

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Siil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Berkebolehan menggunakan Microsoft Office dalam melaksanakan tugas-tugas meliputi merekod database, fail-fail dan lain-lain.

5. Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

Deskripsi Tugas

• Membantu tugas-tugas Penolong Pegawai Penilaian dalam memantau skim pemajuan berstrata diurus dan ditadbir mengikut peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) & Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2015 supaya penguatkuasaan Akta terlibat dapat dilaksanakan.
• Membuat semakan dan lawatan tapak ke atas aduan yang dilaporkan kepada pihak COB serta membuat laporan siasatan cadangan/tempoh penyelesaian.
• Menerima, merekod dan membuat semakan terhadap aduan yang diterima.
• Mengemaskini dan menyemak senarai skim pemajuan berstrata (inventori) dalam kawasan MBJB.
• Membuka fail bagi skim kawasan pemajuan berstrata yang baru dan sentiasa membuat semakan dan kemaskini di dalam sistem.
• Membantu kerja-kerja pentadbiran.
• Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
• Menyelesaikan aduan berkaitan kebocoran antara tingkat di skim pemajuan berstrata berdasarkan Peraturan 55 hingga Peraturan 60, Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah mengisi Borang Permohonan MySTEP MBJB pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 September 2026 (Rabu).

Catatan Am

(a) Hanya calon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga dan akan dimaklumkan melalui panggilan telefon atau emel.
(b) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini adalah tanggungan sendiri.
(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan 1 Oktober 2026 adalah dianggap tidak berjaya.
(d) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan akan ditolak serta merta.

Pautan

Permohonan jawatan secara online disini