All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Terengganu

Kursus Sijil Perhutanan Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN)

Kursus Sijil Perhutanan

Jabatan Hutan Sarawak

Jobs Overview

  • Taraf Kursus
  • Gaji RM1,500
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 18, 2025
  • Lokasi penempatan Sarawak

Jobs Detail

KURSUS SIJIL PERHUTANAN INSTITUT LATIHAN PERHUTANAN (FORTRAIN) JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Pemohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang merupakan anak kelahiran Sarawak atau yang bermaustautin di Sarawak atau penduduk tetap Sarawak yang berkelayakan dan berminat untuk memasuki institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), 52100 Kepong, Kuala Lumpur bagi mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan untuk mengisi jawatan Pengawas Hutan, Gred G1 di Jabatan Hutan Sarawak.

1) Tempoh Pengajian Dan Syarat Kemasukan

(a) Tempoh pengajian dan kelayakan akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:

Kursus : Sijil Perhutanan Pengawas Hutan
Tempoh Kursus : 2 semester (Sesi 2025 - 2026)
Kelayakan Akademik :
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya serta:
i. Kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;
ii. Lulus mata pelajaran Matematik; dan
iii. Lulus mana-mana mata pelajaran Sains;

(b) Calon-calon hendaklah merupakan seorang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan ditutup.

(c) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
Permohonan

Pemohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web (sila klik) :

https://erecruitment.sarawak.gov.my

Sekiranya pemohon memerlukan bantuan untuk mengisi permohonan atas talian, pemohon boleh datang ke alamat di bawah ini;

Unit Korporat dan Pemodenan Perkhidmatan,
Seksyen Latihan Pengurusan Hutan,
Jabatan Hutan Sarawak
Aras 15, Sayap Kanan, Bangunan Baitul Makmur II,
Medan Jaya, Petra Jaya,
93050 Kuching,
Sarawak.


Atau

Mana-mana Pejabat Hutan Wilayah di Negeri Sarawak

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Jun 2025 (Rabu). Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

Makluman

(i) Calon-calon yang berjaya dipilih untuk mengikuti kursus Sijil Pengawas Hutan adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat latihan yang ditetapkan oleh FORTRAIN dan Kerajaan Sarawak; dan

(ii) Tawaran akhir jawatan Pengawas Hutan Gred G1 bertaraf Tetap adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan Pengawas Hutan yang berkuatkuasa.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Seksyen Latihan Pengurusan Hutan, Jabatan Hutan Sarawak, Aras 15, Sayap Kanan, Bangunan Baitul Makmur II, Medan Jaya, Petra Jaya, 93050 Kuching di talian telefon 082-495111 (1523/1560).

Post a Comment