Jawatan Kosong Zakat MAINPP 2025
Zakat MAINPP

Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM1,500 - RM7,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup June 02, 2025
- Lokasi penempatan Pulau Pinang
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Zakat MAINPP / Zakat Pulau Pinang 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Zakat MAINPP sebagaimana berikut.1. Pengurus Bahagian (2 kekosongan)
2. Penolong Eksekutif (2 kekosongan)
3. Kerani Am (2 kekosongan)
Tarikh tutup permohonan 2 Jun 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : Zakat MAINPP, Pulau Pinang.
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
1. Bagi calon yang berminat dan memenuhi semua syarat-syarat yang dinyatakan, sila kemukakan:
i. Borang Permohonan Kerja yang lengkap diisi yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di. bawah.
ii. Mengemukakan Borang Permohonan Kerja berserta resume / profil dan Curriculum Vitae terbaru (CV) yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sertakan salinan sijil yang berkaitan), pengalaman kerja dan sekeping gambar bersaiz pasport. Sila nyatakan gaji terkini dan gaji yang dipohon.
2. Hanya permohonan berikut akan diterima:
i. Lengkap dan terang;
ii. Salinan dokumen-dokumen yang dilampirkan disahkan oleh pegawai yang berkelayakan;
iii. Memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dikehendaki;
iv. Disertakan gambar berukuran pasport atau salinan dokumen yang diperlukan;
v. Ditandatangani.
Permohonan Dikemukakan Kepada:
PENGURUS BESAR
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
DAN KOMUNIKASI KORPORAT
ZAKAT MAINPP
No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Semua permohonan adalah sulit. Hanya calon yang berkelayakan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan mestilah sampai kepada pihak kami sebelum atau pada 2 JUN 2025 (ISNIN).
Pautan
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Post a Comment