Jawatan Kosong Johor National Parks 2025
Johor National Parks

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup May 27, 2025
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Johor National Parks 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Johor National Parks sebagaimana berikut.1. Renjer Hutan / Penolong Pemelihara Hutan G5
2. Penjaga Jentera Elektrik J1
Tarikh tutup permohonan 27 Mei 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : Johor
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan melalui borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Iklan dan syarat-syarat kelayakan boleh dimuat turun yang dikepilkan bersama borang permohonan pada pautan di bawah.
3. Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis menggunakan pen biru atau hitam dan tulisan tangan pemohon dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR.
4. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah diakui sah salinannya.
5. Bagi permohonan jawatan kosong Gred 5 dan ke atas perlu menyediakan video resume yang berdurasi tidak melebih daripada 3 minit yang menggunakan suara pemohon sebenar. Video resume tersebut hendaklah dihantar melalui e-mel : jnpc@johor.gov.my dan ianya perlu merangkumi sebahagian besar perkara-perkara berikut:
i. Ringkasan latar belakang keluarga pemohon;
ii. Ringkasan latar belakang pendidikan pemohon;
iii. Ringkasan pengalaman kerja pemohon;
iv. Pekerjaan/aktiviti terakhir atau semasa pemohon;
v. Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon;
vi. Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon;
vii. Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau NGO;
viii. Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon;
ix. Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon; dan
x. Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon.
6. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab A – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 bersama Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Nilai Prestasi Tahunan terakhir.
7. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat sepertimana berikut:
Pengarah,
Perbadanan Taman Negara Johor,
Nusajaya Centre,
No. 8, Persiaran Ledang Heights,
79250 Iskandar Puteri,
Johor Darul Ta’zim.
**Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri sebelah atas sampul surat dengan jelas dan terang.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mei 2025 (selasa), jam 5.00 petang.
8. Permohonan berikut akan DITOLAK, sekiranya
(a) Tidak menggunakan borang permohonan yang telah disediakan;
(b) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
(c) Tidak lengkap atau tidak terang;
(d) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam iklan;
(e) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
(f) Tidak menandatangani borang permohonan jawatan kosong; dan
(g) Tidak mematuhi prosedur permohonan yang dinyatakan pada iklan & borang Permohonan Jawatan Kosong.
Pautan
Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Post a Comment