All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong FELCRA Berhad 2025

Pengurus Veterinar

FELCRA Berhad

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM2,800 - RM4,200
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 15, 2025
  • Lokasi penempatan Kuala Lumpur

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di FELCRA Berhad 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di FELCRA Berhad sebagaimana berikut.

1. Pengurus Veterinar

Tarikh tutup permohonan 15 Jun 2025 (Ahad).
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun

1. Pengurus Veterinar
Taraf Lantikan : Kontrak
Gaji RM2,800 - RM4,200 sebulan


Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam ilmu perubatan veterinar atau sains veterinar, Penternakan, atau bidang berkaitan dari universiti tempatan atau institusi yang diiktiraf dan diakreditasi oleh LAN/MQA.
  • Pernah mengikuti kursus ternakan ayam pedaging dan berpengalaman dalam bidang penternakan ayam adalah satu kelebihan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan operasi veterinar dan penternakan secara komersial
  • Individu yang komited, bermotivasi tinggi, dan mampu bekerja dengan seliaan minimum.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang pengurusan ternakan dan veterinar.
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
  • Bebas daripada tindakan tatatertib / tindakan mahkamah.
Tugas dan Tanggungjawab

Perancangan dan Pemantauan Kesihatan Haiwan
  • Merangka dan melaksanakan program kesihatan haiwan (vaksinasi, rawatan, kawalan penyakit).
  • Menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala terhadap ternakan khususnya lembu, dan ayam.
  • Menilai dan menangani isu-isu kesihatan dan kebajikan haiwan di ladang milik syarikat.
Kawalan Penyakit dan Biosekuriti
  • Menyediakan garis panduan biosekuriti ladang serta pemantauan pelaksanaannya.
  • Bertindak balas terhadap sebarang wabak penyakit haiwan dengan cepat dan berkesan.
  • Menjalin kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk kawalan penyakit.
Sokongan Teknikal dan Operasi Ladang
  • Memberi nasihat teknikal kepada kakitangan ladang berkaitan penjagaan, pemakanan dan pembiakan haiwan.
  • Menyokong pembangunan projek penternakan berskala komersial termasuk cadangan reka bentuk ladang moden.
  • Terlibat dalam pemilihan baka, program pembiakan dan peningkatan hasil ternakan.
Pematuhan dan Pensijilan
  • Memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang kesihatan haiwan serta pensijilan halal, MyGAP dan lain-lain.
  • Menyediakan dokumentasi bagi tujuan audit dalaman dan luaran.
Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan, hendaklah membuat permohonan di laman portal kerjaya Jobstreet Malaysia secara 'online', sila klik pada pautan link yang di berikan dibawah. Pemohon hendaklah mendaftar sebelum membuat sebarang permohonan di Jobstreet Malaysia.

Pautan

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini

Post a Comment