Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak

Jobs Overview
- Taraf JBC / Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM13,540
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 15, 2026
- Lokasi penempatan Sarawak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS Sarawak) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada anak kelahiran Sarawak atau warganegara Malaysia yang berdomisil di Sarawak atau yang bermastautin secara tetap di Sarawak berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) / Kontrak di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak sebagaimana berikut.| Bil. | Jawatan dan Gred | Taraf Jawatan | Tarikh Tutup |
|---|---|---|---|
| 1. | Pegawai Veterinar Gred GV12 | Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) / Kontrak |
30 Sept 2026 |
| 2. | Pegawai Veterinar Gred GV10 | ||
| 3. | Pegawai Veterinar Gred GV9 | ||
| 4. | Pegawai Penyelidik Gred Q9 | ||
| 5. | Pembantu Veterinar Gred G1 | Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) | 15 Oct 2026 |
Tarikh tutup permohonan 30 September & 15 Oktober 2026.
Lokasi penempatan : Sarawak
Sektor : Badan Berkanun
1. Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman rasmi eRecruitment Sarawak, sila kepautan permohonan yang diberikan di bawah.
ii. Memiliki Sarawak Pass dengan mendaftar di https://sarawakid.sarawak.gov.my.
ii. Mewujudkan akaun peribadi dalam e-Recruitment bagi permohonan kali pertama.
iii. Mengemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun dalam e-Recruitment
iv. Memohon jawatan yang diminati berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki
Syarat Kelayakan
Tertakluk kepada jenis jawatan yang dipilih, pemohon diwajibkan memilik kelulusan yang ditetapkan (sila rujuk dalam laman web e-Recruitment Sarawak).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujuan (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii. Manakala bagi calon Unified Examination Certificate (UEC), hanya perlu lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke dalam Perkhidmatan Awam Sarawak.
Muat turun iklan jawatan disini
Permohonan jawatan secara online disini