Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)
Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak / Tetap
- Gaji RM1,500 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup June 16, 2026
- Lokasi penempatan Perak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perak yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak / Tetap di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) sebagaimana berikut.| Bil. | Jawatan dan Gred | Kekosongan |
|---|---|---|
| 1. | Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA5 | Satu (1) |
| 2. | Pembantu Kesihatan Awam U1 | Satu (1) |
| 3. | Pembantu Penguatkuasa KP1 | Dua (2) |
| 4. | Pembantu Khidmat Am H1 | Empat (4) |
| 5. | Pembantu Khidmat Am H1 (Pemandu Kenderaan) | Satu (1) |
Tarikh tutup permohonan 16 Jun 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : MDTM Perak.
Sektor : Badan Berkanun
i. Permohonan jawatan yang ditawarkan hendaklah dipohon melalui sistem permohonan jawatan kosong Perak Digital 2.0, sila kepautan yang diberikan di bawah.
ii. Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan disahkan beserta dengan salinan sijil dan transkrip atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, sijil kelahiran yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.
iii. Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab 'A' 21. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.
iv. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjong Malim
Peti Surat 59,
35900 TANJONG MALIM
Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Jun 2026 (Selasa).
Catatan Am
i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
iii. Segala perbelanjaan dan tuntutan bersabit dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh Majlis Daerah Tanjong Malim.
Pautan
Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini