All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Daerah Jerantut (MDJerantut)

Majlis Daerah Jerantut

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup August 12, 2026
  • Lokasi penempatan Pahang

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Jerantut 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak negeri Pahang yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Majlis Daerah Jerantut sebagaimana berikut.

1. Pembantu Penguatkuasa Gred KP1

Tarikh tutup permohonan 12 Ogos 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : MD Jerantut Pahang.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan dengan menggunakan Borang MDJ/1 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama-sama sekeping gambar berukuran passport dan salinan dokumen yang telah disahkan (Salinan diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional):

i) Sijil Kelahiran
ii) Kad Pengenalan (depan dan belakang)
iii) Sijil/ Diploma/ Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya yang telah disahkan dan salinan transkrip.
iv) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
v) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam tetap/kontrak hendaklah mengemukakan permohonan melalui ketua jabatan dan mengemukakan Laporan Nilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun/jika berkaitan.

3. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada: -

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH JERANTUT
27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR


Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Ogos 2026 (Rabu).

Catatan Am

a) Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan: -

(i) Tidak menggunakan borang MDJ/1.
(ii) Tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang disyaratkan dan semua salinan dokumen tidak disahkan (Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional).
(iii) Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
(iv) Borang permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak terang.
(v) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
(vi) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat.
(vii) Borang yang tidak ditandatangani.

b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini