Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2025
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup November 16, 2025
- Lokasi penempatan Perak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagaimana berikut.1. Pegawai Tadbir Gred N9
2. Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U9
3. Akauntan Gred WA9
4. Penolong Jurutera Gred JA5
5. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5
7. Penolong Akauntan Gred W5
8. Pembantu Kemahiran Gred H1
9. Pembantu Khidmat Am Gred H1
10. Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1
11. Pembantu Keselamatan Gred KP1
12. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1
13. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
Tarikh tutup permohonan 16 November 2025 (Ahad).
Lokasi penempatan : MBI Perak
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari laman web Portal Perak Digital (Aplikasi Kerajaan Negeri Perak), sila kepautan yang diberikan di bawah.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 November 2025 (Ahad).
Catatan Am
(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian/temuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Hanya calon-calon yang diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar sahaja yang dilantik mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
(d) Calon perlu memuat naik LESEN MEMANDU, DIPLOMA/IJAZAH, SIJIL PELAJARAN MALAYSIA/SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA, SIJIL-SIJIL BERKAITAN dan SALINAN CETAKAN AKREDITASI bagi dokumen tambahan dalam permohonan jawatan yang berkaitan.
(e) Calon boleh menyemak dan mencetak kelayakan melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) bagi salinan cetakan akreditasi dengan membuat carian program pengajian dari:
(i) eSisraf : https://www2.mqa.gov.my/esisraf/; atau
(ii) MQR : https://www2.mqa.gov.my/mqr/.
Pautan
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Permohonan jawatan secara online disini
Post a Comment