Jawatan Kosong MPHLG Sarawak 2025
Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jobs Overview
- Taraf Jawatan Berasaskan Caruman (JBC)
- Gaji RM1,500 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup August 29, 2025
- Lokasi penempatan Sarawak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada anak kelahiran Sarawak atau warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak atau yang bermastautin secara tetap di Sarawak berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) di Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) sebagaimana berikut.1. Pegawai Tadbir N9
2. Jurutera J5
3. Penolong Pegawai Tadbir N5
4. Penolong Jurutera JA5
5. Penolong Akauntan W5
6. Penolong Pegawai Penilaian W5
7. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
8. Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1
10. Pembantu Tadbir (Kewangan) W1
11. Pembantu Penilaian W1
12. Pembantu Kesihatan Awam U1
13. Pembantu Penguat Kuasa KP1
14. Pembantu Khidmat Am H1
Tarikh tutup permohonan 29 Ogos 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MPHLG Sarawak.
Sektor : Badan Berkanun
1. Semua pemohon hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman e-Recruitment Sarawak, sila kepautan yang diberikan di bawah.
2. Memiliki Sarawak ID dengan mendaftar di laman e-Recruitment Sarawak.
3. Mewujudkan akaun peribadi dalam e-Recruitment bagi permohonan pertama kali.
4. Mengemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun dalam e-Recruitment.
5. Memohon jawatan yang diminati berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki.
Syarat Kelayakan
Tertakluk kepada jenis jawatan yang dipilih, pemohon diwajibkan memiliki kelulusan yang ditetapkan (sila rujuk dalam laman web e-Recruitment)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan di atas hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Manakala bagi calon Unified Examination Certificate (UEC), hanya perlu lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke dalam Perkhidmatan Awam Sarawak.
Pautan
Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini
Post a Comment