Jawatan Kosong Jabatan Hutan Sarawak
Jabatan Hutan Sarawak

Jobs Overview
- Taraf Jawatan Berasaskan Caruman (JBC)
- Gaji RM1,650 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 06, 2026
- Lokasi penempatan Sarawak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Hutan Negeri Sarawak 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada anak kelahiran Sarawak atau warganegara Malaysia yang berdomisil di Sarawak atau yang bermastautin secara tetap di Sarawak yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) di Jabatan Hutan Sarawak sebagaimana berikut.1. Pemelihara Hutan G9
2. Pegawai Penyelidik Q9
3. Pegawai Penguatkuasa KP9
4. Jurutera (Awam) J9
5. Jurugeospatial J9
6. Penolong Pemelihara Hutan G5
7. Pereka B5
Tarikh tutup permohonan 06 Oktober 2026 (Ahad).
Lokasi penempatan : Sarawak
Sektor : Badan Berkanun
1. Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web e-Recruitment Sarawak, Sila kepautan permohonan jawatan di bawah.
Pemohon hendaklah :
• Memiliki Sarawak Pass dengan mendaftar di https://sarawakpass.sarawak.gov.my/
• Mewujudkan akaun peribadi dalam e-Recruitment bagi permohonan pertama kali.
• Mengemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun dalam e-Recruitment.
• Memohon jawatan yang diminati berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki.
2. Sila kepautan yang diberikan di bawah dan klik pada senarai nama jawatan untuk melihat syarat-syarat lantikan sebelum membuat sebarang permohonan.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 06 Oktober 2026 (Ahad).