Jawatan Kosong ABM Wilayah Utara
Tenaga Pengajar
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara

Jobs Overview
- Jantina Lelaki
- Gaji RM2,500 - RM7,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 15, 2026
- Lokasi penempatan Kedah
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur 30 tahun keatas serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara sebagaimana berikut.1. Tenaga Pengajar – Steel Structure
Kekosongan : Satu (1) - Lelaki
2. Tenaga Pengajar – Gas Pipe Fitting
Kekosongan : Satu (1) - Lelaki
3. Tenaga Pengajar – Gas Pipe Insulation
Kekosongan : Satu (1) - Lelaki
Tarikh tutup permohonan 15 Oktober 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : ABM Wilayah Utara, Sintok, Kedah.
Sektor : Badan Berkanun
Calon hendaklah:
1. Lelaki, Warganegara Malaysia dan berumur 30 tahun ke atas.
2. Mempunyai sekurang-kurangnya SPM / SPMV atau kelayakan akademik yang setaraf.
3. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun dalam bidang berkaitan.
4. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman praktikal yang luas dalam bidang yang dipohon.
5. Mahir menggunakan komputer dan aplikasi asas berkaitan pekerjaan.
6. Memahami serta mematuhi prosedur keselamatan, spesifikasi dan piawaian kerja industri pembinaan.
7. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta mampu membimbing dan menyampaikan latihan kepada pelatih dengan berkesan.
8. Berdisiplin tinggi, bertanggungjawab, jujur serta boleh menerima arahan dan tunjuk ajar.
9. Bersedia untuk bekerja lebih masa apabila diperlukan.
Kelayakan Sijil / Kompetensi
1. Tenaga Pengajar – Steel Structure
Calon yang mempunyai sijil berikut akan diberi keutamaan:
- Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB (Kad Hijau) yang masih sah.
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Sijil Kompetensi dalam bidang Steel Structure / Structural Steel / bidang berkaitan yang diiktiraf.
- Sijil berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) atau keselamatan industri.
- Sijil Latihan Pengajar / Train-The-Trainer (TTT) / VTO merupakan satu kelebihan.
Calon yang mempunyai sijil berikut akan diberi keutamaan:
- Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB (Kad Hijau) yang masih sah.
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Sijil Kompetensi Pemasangan Paip Gas (Gas Pipe Fitting) yang diiktiraf ABM/CIDB atau badan berkaitan.
- Sijil Keselamatan Pekerjaan / Oil & Gas Safety Passport (OGSP) atau sijil keselamatan berkaitan industri minyak dan gas.
- Sijil Latihan Pengajar / Train-The-Trainer (TTT) / VTO merupakan satu kelebihan.
Calon yang mempunyai sijil berikut akan diberi keutamaan:
- Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB (Kad Hijau) yang masih sah.
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Sijil Kompetensi dalam bidang Gas Pipe Insulation / Insulation atau bidang berkaitan yang diiktiraf.
- Sijil Keselamatan Pekerjaan / Oil & Gas Safety Passport (OGSP) atau sijil keselamatan berkaitan industri minyak dan gas.
- Sijil Latihan Pengajar / Train-The-Trainer (TTT) / VTO merupakan satu kelebihan.
Gaji boleh dirunding berdasarkan kelayakan, kompetensi dan pengalaman yang dimiliki oleh calon.
Cara Memohon
1. Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume terkini berserta salinan sijil akademik, sijil kemahiran/kompetensi dan dokumen berkaitan kepada:
Ketua Unit Sumber Manusia
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
Lot 2991 & 2992, Jalan Sintok–Padang Sanai
Mukim Temin, 06010 Sintok
Kedah Darul Aman
Atau ke e-mel : resume.hrabmu@gmail.com
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2026 (Khamis).
**Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon dalam permohonan.
2. Hanya calon yang memenuhi kelayakan dan disenarai pendek akan dihubungi untuk proses seterusnya.
3. Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.