All States
  • All States
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Pembantu Khidmat Am Gred H1

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak Interim / Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 13, 2026
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada anak Negeri Johor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak Interim di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Khidmat Am Gred H1

Tarikh tutup permohonan 13 Oktober 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : YPJ Johor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pembantu Khidmat Am Gred H1
Taraf Jawatan : Kontrak Interim / Kontrak
Kekosongan : Satu (1)
Jadual Gaji : RM1,500.00 (Minimum) - RM4,680.00 (Maksimum)
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Am

1) Warganegara Malaysia
2) Berumur :
(a) Tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi lantikan kali pertama dalam Kerajaan
(b) Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh tutup iklan bagi kenaikan pangkat secara lantikan.

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).
Dan
(v) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang YPJ 007 yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, No. 15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim atau boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah yang dilampirkan bersama iklan dan syarat-syarat permohonan.

2. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.

3. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah Mengikut Peraturan 17, Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).

4. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut :-

(a) Kad Pengenalan
(b) Sijil Kelahiran
(c) Sijil-Sijil Persekolahan (SRP / PMR / PT3 / SPM / STA / STPM / STAM )
(d) Sijil Berhenti Sekolah Yang Terakhir
(e) Diploma / Ijazah berserta transkrip penuh (jika berkaitan)

5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pengurus Besar
Yayasan Pelajaran Johor
No 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Kg. Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru


Tarikh tutup permohonan 13 Oktober 2026 (Selasa), jam 12.00 tengahari.

Catatan Am

1) Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu borang sahaja bagi setiap jawatan yang di pohon. Sekiranya permohonan jawatan lebih daripada satu hendaklah menggunakan borang yang berasingan.
2) Hanya calon – calon yang layak selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil / dihubungi untuk ditemuduga.
3) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
4) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
5) Pegawai-Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.

Pautan

Muat turun iklan, syarat permohonan dan borang permohonan jawatan disini