All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong UPSI Mei 2026

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup May 26, 2026
  • Lokasi penempatan Perak

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Tarikh Tutup
1. Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 41
(Pendidikan Khas)
Satu (1) 26 Mei 2026
2. Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 29
(Bidang Pembangunan Sistem)
Satu (1)
3. Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 29
(Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
Satu (1)
4. Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 29
(Pentadbiran)
Satu (1)
5. Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 19
(Pembantu Pengurusan Murid)
Dua (2)
6. Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 19
(Pentadbiran)
Tiga (3)

Tarikh tutup permohonan 26 Mei 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : UPSI Perak.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan perlu membuat permohonan jawatan secara online di laman Online Job Application UPSI, sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

4. Selain daripada memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan dalam skim berkenaan, calon mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu:
(i) bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib/perundangan;
(ii) telah melengkapkan pengambilan vaksinasi Covid-19 (sekurang-kurangnya 2 dos)

5. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.

6. Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

7. Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta Master dan PhD (Pengajian Sepenuh Masa). Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.

8. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

9. Setiap permohonan jawatan dikenakan RM 10.00 bagi satu (1) jawatan.

10. Calon perlu memastikan maklumat didalam Myjobs adalah lengkap bagi memastikan permohonan dapat diproses selanjutnya.

11. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

12. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM : 05 – 450 6328 / 6338 / 6399

13. Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Mei 2026 (Selasa).

Pautan

Iklan, syarat lantikan dan pautan permohonan jawatan selanjutnya disini