All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ)

Juruukur Bahan Gred P6

Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM2,477 - RM6,254
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 16, 2026
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) sebagaimana berikut.

1. Juruukur Bahan Gred P6

Tarikh tutup permohonan 16 Oktober 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Ibu Pejabat PPNJ Johor Bahru, Johor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Juruukur Bahan Gred P6
Taraf Jawatan : Kontrak
Bilangan Kekosongan : Satu (1)
Gaji Asas : RM 2,477.00 - RM 6,254.00
Elaun Tetap : Elaun Perumahan (sekiranya tiada rumah @ kuarters disediakan), Elaun Khidmat, Elaun Keraian Tanpa Resit dan Elaun Bantuan Sara Hidup (mengikut tempat bertugas RM150-RM350).
Potongan Berwajib : KWSP, PERKESO dan PCB sekiranya berkaitan.

Syarat Kelayakan

• Lelaki/Perempuan
• Memiliki sekurang-kurangnya Diploma Ukur Bahan daripada institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang kronik.
• Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah dan penyalahgunaan bahan terlarang.
• Tidak diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi

Keutamaan

• Mempunyai pengalaman 1–3 tahun atau lebih dalam bidang ukur bahan/pembinaan.
• Berpengalaman menyediakan Bill Of Quantities (BOQ) dan Bill Of Material (BOM).
• Mempunyai pengalaman mengurus sijil/perakuan bayaran kontraktor atau pembekal.
• Mempunyai pengetahuan berkaitan pentadbiran kontrak pembinaan.
• Berpengalaman bekerja dengan projek kejuruteraan, pembinaan atau infrastruktur.
• Mempunyai kemahiran menggunakan AutoCAD, Microsoft Excel atau perisian berkaitan ukur bahan adalah satu kelebihan.
• Sanggup bekerja mengikut keperluan projek dan menjalankan tugasan di tapak sekiranya diperlukan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak pembinaan termasuk menyediakan anggaran awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), mengemaskini sijil & perakuan bayaran serta arahan dari semasa ke semasa

Cara Memohon

1. Calon yang berminat hendaklah mengisi maklumat dengan lengkap menggunakan Borang Permohonan Pekerjaan (sila muat turun borang pada pautan yang diberikan di bawah) dan menghantarnya secara dalam talian melalui laman web rasmi PPNJ, sila kepautan permohonan yang diberikan di bawah.

2. Sila sertakan juga borang dan resume terkini yang mengandungi butiran lengkap peribadi, kelayakan akademik dan pencapaian yang relevan beserta salinan dokumen yang disahkan dan ianya perlu dihantar ke alamat seperti berikut :

Pengurus Besar
Pertubuhan Peladang Negeri Johor

Wisma Peladang
No.9-9E Jalan Selat Tebrau
80000 Johor Bahru
(u.p : Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran)


Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Oktober 2026 (Jumaat).

Pautan

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Permohonan jawatan secara online disini