All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP)

Renjer Hutan Gred G1

Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak Perkhidmatan
  • Gaji RM2,500 - RM3,500
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 30, 2026
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada Anak Kelahiran Pahang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak Perkhidmatan di Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) sebagaimana berikut.

1. Renjer Hutan Gred G1

Tarikh tutup permohonan 30 Jun 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : PTNP Pahang.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Renjer Hutan / (Gred G1)
Bilangan Kekosongan : Sembilan (9) Kekosongan
Tempoh Lantikan : 2 tahun (2026 - 2028)
Gaji Pokok : RM2,500.00 - RM3,500.00 sebulan (tidak termasuk elaun)
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan Perkeso.

Syarat Lantikan dan Kelayakan

(a) Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 HINGGA 5 TAHUN dalam bidang berkaitan seperti penguatkuasaan, operasi lapangan, pemeliharaan dan pemuliharaan hutan, pengurusan taman negeri atau bidang lain yang setara.

(b) Calon perlulah mempunyai kelayakan seperti berikut:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau;
ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau;
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;
iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(c) Hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Lain-lain Kelayakan Khas

• Melepasi ujian kecergasan
• Berusia tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
• Melepasi pemeriksaan kesihatan asas (BMI < 21.0);
• Bebas dari sebarang kes jenayah / dadah juvana;
• Mempunyai kemahiran berkomunikasi secara lisan / bertulis dengan baik;
• Sihat tubuh badan
• Tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang / sakit jantung, tidak menghidap penyakit lelah dan tidak mempunyai penyakit kronik;
• Mempunyai lesen memandu B2 dan/atau D
• Mempunyai kekuatan mental dan fizikal bermalam di dalam hutan;
• Mempunyai minat dan pengetahuan terhadap hidupan liar; 
• Calon daripada masyarakat setempat, khususnya yang tinggal di daerah atau mukim berhampiran dengan lokasi penempatan, ADALAH DIGALAKKAN untuk memohon.

Cara Memohon

1. Permohonan yang lengkap beserta resume dan salinan sijil yang disahkan boleh dihantar sebelum atau pada 30 Jun 2026 melalui serahan tangan atau melalui e-mel di alamat: perbadanantamannegeri.hr@gmail.com

2. Sila muat turun iklan selengkapnya pada pautan yang diberikan di bawah.

3. Hanya permohonan yang dikemukakan dalam tempoh iklan sahaja akan diproses.

4. keterangan lanjut boleh dirujuk kepada:

UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
PERBADANAN TAMAN NEGERI PAHANG
TINGKAT 11 KOMPLEKS TERUNTUM,
JALAN MAHKOTA
25000 KUANTAN PAHANG
perbadanantamannegeri.hr@gmail.com atau;
amirulfirdaus@pahang.gov.my
No. Tel. : 09-512 4674

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2026 (Selasa), jam 5.00 petang.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini