All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong MBSJ Ambilan Mei 2026

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup May 18, 2026
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Selangor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sebagaimana berikut.

1. Arkitek Landskap J9
2. Penolong Pegawai Seni Bina JA5
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
4. Penolong Pegawai Perancang Bandar JA5
5. Penolong Pegawai Undang-Undang L5
6. Ahli Muzik (Gitar Bass) B5
7. Juruteknik Komputer FT1
8. Pembantu Keselamatan KP1
9. Pembantu Khidmat Am (Pengasuh Taska) H1
10. Pembantu Khidmat Am (Pemandu Kenderaan) H1

Tarikh tutup permohonan 18 Mei 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : MBSJ Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

a. Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman rasmi MBSJ. Sila muat turun Manual Tatacara Permohonan Jawatan Kosong di bawah.

b. Permohonan yang memiliki syarat-syarat yang dikehendaki sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Pihak MBSJ akan menghantar e-mel kepada calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan 1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung seperti berikut:-
i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.
ii. Salinan Sijil berhenti Sekolah Rendah, Menengah dan Sijil-sijil yang berkaitan.
iii. Salinan Kelulusan Akademik SRP/PMR, SPM/SPVM, STPM, STAM,Sijil-Sijil, Diploma, atau Ijazah (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).
iv. Borang pemastautin daripada Penghulu Setempat. (Sekiranya tuan/puan, ibu/bapa bukan Anak Selangor)

c. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ’A’ 1973 dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi / tidak memenuhi syarat akan ditolak.
ii. Hanya calon-calon yang layak dan lulus tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

d. Tarikh tutup permohonan pada 18 Mei 2026 (Isnin).

Pautan

Muat turun manual tatacara penggunaan permohonan jawatan kosong MBSJ disini

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini

Post a Comment