All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 23, 2026
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Johor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak (Interim) / Kontrak di Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Tadbir N9
2. Pegawai Kesihatan Persekitaran U9
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
4. Pembantu Akauntan W1
5. Pembantu Keselamatan KP1
6. Pembantu Khidmat Am H1

Tarikh tutup permohonan 23 Jun 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : MBPG Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui Sistem e-HR MBPG, sila ikuti arahan yang diberikan di bawah.

2. Sila muat turun iklan dan syarat lantikan sebelum membuat permohonan.

3. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan WAJIB menyediakan:
a. Surat Sokongan Permohonan melalui Ketua Jabatan
b. Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini
c. Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 17 Bab A Tahun 2005 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan penamatan Perkhidmatan).

4. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui e-mel. Sila pastikan alamat e-mel yang diberikan adalah aktif. MBPG tidak akan bertanggungjawab sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang maklum balas.

5. Permohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian tapisan dan temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Jun 2026 (Selasa).

Permohonan Yang Akan DITOLAK

i) Permohonan yang tidak disertakan dokumen yang lengkap.
ii) Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan.
iii) Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
iv) Pemohon tidak memenuhi/ tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan.
v) Tidak menyertakan gambar passport berwarna.

Arahan dan Cara-Cara Memohon
  1. Sila ke laman portal MBPG > Klik Disini

  2. Kemudian sila klik pada nama jawatan yang diiklankan.

  3. Sila klik pada butang 'Permohonan Jawatan' dan mohon dengan mengisi maklumat pada Borang Permohonan.

  4. Untuk melihat iklan dan syarat kelayakan sila Klik Disini