All States
  • All States
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Jobs Overview

  • Taraf Personel MySTEP
  • Gaji RM1,900
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 16, 2026
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
Taraf : Personel MySTEP
Kelayakan : SPM atau setaraf dengannya.
Gaji : RM1,900.00 sebulan
Tempoh : September 2026 - Disember 2026
Kekosongan : Dua (2)
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.
Nota : Penyambungan tempoh kontrak boleh dilanjutkan mengikut keperluan pengoperasian di LUAS dengan berdasarkan kepada prestasi kakitangan berkenaan.

Tarikh tutup permohonan 16 September 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : LUAS Selangor
Sektor : Badan Berkanun

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(c) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan Iengkap dan disertakan salinan dokumen yang berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan) ;-
(a) Resume terkini ;
(b) Gambar berukuran passport :
(c) Salinan Kad Pengenalan ;
(d) Salinan Surat Beranak ;
(e) Salinan Sijil PMR/SPM/SVM *mana-mana yang berkaitan ;
(f) Salinan Sijil Berhenti Sekolah ;
(g) Salinan Sijil - Sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan ; dan
(h) Lain- lain berkaitan.

3. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.

4. Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

5. LUAS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan calon untuk proses temuduga jika berkaitan.

6. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat, dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat berkenaan dengan HURUF BESAR.

7. Alamatkan permohonan yang lengkap ke alamat :

Pengarah,
Lembaga Urus Air Selangor,
Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
(U/P : Unit Pengurusan Sumber Manusia Dan Integriti)


Tarikh tutup permohonan permohonan adalah pada 16 September 2026 (Rabu).

Pautan

Muat turun borang permohonan jawatan disini