Jawatan Kosong UiTM Cawangan Perlis
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak / Sambilan
- Gaji RM2,300 - RM4,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 18, 2026
- Lokasi penempatan Perlis
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau seperti berikut:1. Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)
2. Pensyarah Sambilan (PT)
Tarikh tutup permohonan 18 September 2026 (Jumaat).
Lokasi Penempatan: UiTM Kampus Arau, Perlis
Sektor: Badan Berkanun
a) Warganegara Malaysia
b) Syarat kelayakan :
i. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
ii. Calon-calon mestilah memiliki CGPA 3.00 dan keatas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang;
iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti;
iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik;
v. Telah tamat pengajian sepenuhnya (samada peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana atau PhD);
vi. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan;
vii. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.
Perhatian Kepada Pemohon
a) Pemohon- pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
b) Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik Terperinci)
c) Borang/ dokumen yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/ badan berkanun/ separa kerajaan yang tidak melalui jabatan tidak akan diproses
d) Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga
e) Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak Universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
f) Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.
1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang permohonan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) dan pensyarah sambilan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah dan hendaklah mengemukakan borang permohonan dan dokumen yang telah DISAHKAN ke pautan google form yang disediakan oleh pihak UiTM Cawangan Perlis.
2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 September 2026 (Jumaat).
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis talian 04-9882207/2210/2204.
Pautan
Muat turun iklan dan syarat lantikan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Kemukakan borang dan dokumen yang telah disahkan disini
**Sila pastikan pemohon mempunyai akaun google atau gmail.com untuk membuat permohonan jawatan ini.