Jawatan Kosong UiTM Cawangan Kedah 2026
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jobs Overview
- Taraf Sepenuh Masa
- Gaji RM2,300 - RM4,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 15, 2026
- Lokasi penempatan Kedah
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026. Permohonan adalah dipelawa Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik lantikan Sepenuh Masa di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani sebagaimana berikut.1. Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)
Tarikh tutup permohonan 15 September 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : UiTM Kedah
Sektor : Badan Berkanun
a) Warganegara Malaysia
b) Syarat kelayakan
i. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
ii. Calon-calon mestilah memiliki CGPA 3.00 dan keatas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda;
iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti; (Keutamaan diberikan kepada calon Sarjana/PhD)
iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik;
v. Telah tamat pengajian sepenuhnya (samada peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana atau PhD);
vi. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan;
vii. Mempunyai pengalaman mengajar dan kemahiran menggunakan teknologi bagi tujuan pengajaran merupakan satu kelebihan.
Perhatian Kepada Pemohon
a) Pemohon- pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
b) Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut:
- Kad Pengenalan
- Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
- Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik Terperinci)
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
d) Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga
e) Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak Universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
f) Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani.
1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Sila kemukakan permohonan kepada :
PENOLONG PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
KAMPUS SUNGAI PETANI
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN
NO. TEL: (04) 4562057 / 2059
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 September 2026 (Selasa).
Pautan
Muat turun iklan dan syarat lantikan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini