Jawatan Kosong Kementerian Komunikasi 2025
Ahli Muzik Gred B9
Kementerian Komunikasi

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM2,250 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 22, 2025
- Lokasi penempatan Kuala Lumpur
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Kementerian Komunikasi 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak di Istana Budaya di bawah Kementerian Komunikasi sebagaimana berikut.1. Ahli Muzik Gred B9
- Pengisian di Istana Budaya
Kekosongan : 6 Simpanan : 6
Tarikh tutup permohonan 22 September 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Sektor : Kerajaan
Jawatan : Ahli Muzik Gred B9
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji Min - Maks : RM2,250.00 - RM11,110.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B9: RM2,250.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Seni Muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B9: RM2,470.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 18 September 2025 (Khamis), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan dan kemaskini permohonan secara online di SPA9 disini
Post a Comment