Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Jobs Overview
- PendidikanSPM dan Diploma
- Taraf Personel MySTEP
- Gaji RM1,900 - RM2,100
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup April 30, 2026
- Lokasi penempatan Pelbagai Negeri
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada 22 April 2026 serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagaimana berikut.1. Pereka Grafik
2. Pengaturcara Sistem
3. Pembantu Pentadbiran Pejabat
Tarikh tutup permohonan 30 April 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : JAKOA Putrajaya, Pahang dan Kelantan.
Sektor : Badan Berkanun
1. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan JAKOA/A1.513 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah dan disertakan dengan:
a) Salinan kelayakan akademik seperti Sijil Pelajaran Malaysia/ Diploma/ Ijazah;
b) Salinan sijil kelahiran;
c) Salinan kad pengenalan;
d) Gambar berukuran passport;
e) Pilihan penempatan; dan
f) Resume (klik disini untuk membuat resume pdf online)
2. Permohonan akan ditolak sekiranya:
a) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
b) Tidak lengkap atau tidak terang;
c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
d) Tidak ditandatangani;
e) Permohonan dihantar melalui Whatsapps/Telegram dan setarafnya; dan
f) Diterima selepas tarikh tutup permohonan.
3. Borang permohonan hendaklah dihantarkan melalui pos atau emel ke alamat seperti berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Aras 9, Blok A, Bangunan Suasana PjH
Lot 2C5, Presint 2, Jalan Tun Abdul Razak
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 WP PUTRAJAYA
Atau boleh juga dihantarkan ke emel : pengambilan@jakoa.gov.my
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2026 (Khamis).
5. Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Pihak Berkuasa Melantik.
Catatan Am
i. Calon berjaya digalakkan membawa komputer riba (laptop) peribadi bagi melaksanakan tugasan berkaitan.
ii. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung permohonan calon boleh menghubungi pegawai JAKOA di talian 03 – 8090 3600 sambungan (3648/ 3615/ 3638).
Pautan
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Post a Comment