All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Institut Kesihatan Negara (NIH) 2025

Institut Kesihatan Negara (NIH)

Jobs Overview

  • Taraf Personel MySTEP
  • Gaji RM2,100
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup August 12, 2025
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Institut Kesihatan Negara (NIH) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Institut Kesihatan Negara (NIH) sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP

Tarikh tutup permohonan 12 Ogos 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : NIH Shah Alam, Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Personel MySTEP
Kekosongan : Dua (2)
Gaji Bulanan : RM2,100.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.
Penempatan : 
Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan,
Institut Kesihatan Negara
Persiaran Setia Murni,
40170 Shah Alam,
Selangor

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia.

2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kesihatan/ Sains Sosial daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

3. Berkemahiran menggunakan Microsoft Word, Excel dan PowerPoint sebagai syarat WAJIB.

4. Berpengalaman dalam menjalankan tinjauan literatur dan kajian kualitatif.

5. Bertanggungjawab, komited, kreatif, mempunyai komunikasi yang baik dan boleh bekerja di dalam pasukan dengan pengawasan yang minimum.

6. Boleh menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

7. Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum.


Deskripsi Tugasan

1. Terlibat dalam aktiviti penyelidikan termasuk tinjauan literatur dan expert opinion, serta analitik data raya dan/atau penyelidikan kualitatif (merangkumi pengumpulan data, transkripsi data untuk penyelidikan kualitatif, pengurusan dan pembersihan data serta analisa data).

2. Mengumpulkan dan menyusun bahan-bahan berkaitan serta menyediakan bahan diseminasi.

3. Melibatkan diri secara aktif dalam penghasilan output projek.

Cara Memohon

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2025:

1. Resume terkini berserta gambar berwarna
2. Salinan Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan Malaysia
3. Salinan kad pengenalan

Sila emelkan dokumen permohonan kepada melodysy@moh.gov.my dan angzenyang@moh.gov.my dengan tajuk emel: Permohonan MyStep SIMPACT.

Perhatian

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga.

Post a Comment