Jawatan Kosong Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU)
Eksekutif Kelestarian
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM2,100 - RM5,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 10, 2026
- Lokasi penempatan Terengganu
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) sebagaimana berikut.1. Eksekutif Kelestarian
Tarikh tutup permohonan 10 Oktober 2026 (Sabtu).
Lokasi penempatan : SATU Terengganu
Sektor : Badan Berkanun/ Swasta
Syarat Kelayakan
1. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar/ Sains / Kejuruteraan.
2. Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2-3 tahun.
3. Mempunyai kemahiran menulis dan komunikasi teknikal yang tinggi.
4. Mahir dalam penggunaan perisian seperti - Office 365 - MS Project
5. Kemahiran rekabentuk & penyeliaan tapak.
6. Mempunyai pengetahuan mengenai prinsip ESG dan kelestarian mampan.
7. Memahami kaedah pengiraan pelepasan gas rumah kaca (GHG) dan jejak karbon.
8. Berpengetahuan mengenai piawaian dan kerangka pelaporan kelestarian.
9. Mempunyai pengetahuan mengenai perundangan dan keperluan pematuhan berkaitan alam sekitar. Pengetahuan dalam sistem elektrik, dan mekanikal, proses rawatan air, injap, pam dan bekalan air.
10. Pengetahuan dalam proses rawatan air
11. Kualiti Peribadi- Menunjukkan dorongan dan keazaman.
12. Merancang/Melaksana – sistematik dalam melaksanakan objektif yang dirancang.
13. Penyelesaian masalah – mengenal pasti/ menjangka masalah sebelum ia berlaku.
14. Digital driven person.
15. Boleh bekerja di luar waktu biasa mengikut keperluan.
Calon-calon berminat boleh mengemukakan permohonan dan email kepada : career@satuwater.com.my tidak lewat daripada 10 Oktober 2026 dan lampirkan bersama CV/resume yang menyatakan gaji terkini dan gaji yang dijangka, gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan dan sijil kelulusan akademik / berkaitan. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Pautan
Muat turun iklan, syarat lantikan dan tugasan selengkapnya disini