Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Personel MySTEP Gred 5
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Jobs Overview
- Taraf MySTEP
- Gaji RM2,100
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 15, 2026
- Lokasi penempatan Putrajaya
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan dalam bidang multimedia untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana berikut.1. Personel MySTEP Gred 5
Kadar Upah : RM2,100.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat (12 hari setahun), cuti sakit (14 hari setahun), Caruman KWSP dan Perkeso.
Tarikh tutup permohonan 15 September 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : Putrajaya.
Sektor : Kerajaan
- Membantu merancang, menyelaras dan mempromosikan program outreach SPA serta aktiviti promosi bersama agensi kerajaan dan sektorvswasta.
- Menyelaras pelaksanaan program outreach.
- Berkemahiran menghasilkan reka bentuk grafik dan suntingan video ringkas bagi tujuan promosi dan hebahan.
- Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Mahir dalam menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Office, Software editing seperti Adobe Illustrator, Canva dan Capcut.
- Cekap dan efisien dalam menguruskan masa dan pelaksanaan tugasan.
- Berdisiplin dan mampu melaksanakan tugasan dengan pengawasan yang minimum.
- Sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas tidak kira masa dan tempat.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan diploma dalam bidang Multimedia, Komunikasi atau bidang lain yang berkaitan.
1. Calon yang berminat serta berkelayakan boleh mengemukakan resume serta dokumen yang lengkap ke emel : upk@spa.gov.my
2. Permohonan hendaklah dibuat sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 September 2026 (Selasa).