All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong SPRM Disember 2025

Pegawai Siasatan Gred P9

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM2,710 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup December 18, 2025
  • Lokasi penempatan Seluruh Malaysia

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepeti berikut.

1. Pegawai Siasatan Gred P9
Kekosongan : 150 Simpanan : 150

Tarikh tutup permohonan 18 Disember 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pegawai Siasatan Gred P9
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM2,710.00 - RM11,110.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM2,710.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM2,866.00); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan atau Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,024.00); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,181.00); atau
(v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,181.00); atau
(vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,338.00); atau
(vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM3,495.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab menjalankan fungsi dalam aspek siasatan, aspek pendidikan masyarakat, aspek pemeriksaan dan perundingan, aspek perundangan dan pendakwaan, aspek penyelidikan dan perancangan, aspek latihan dan aspek keselamatan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 18 Disember 2025 (Khamis), jam 11.59 malam.

Pautan

Permohonan dan kemaskini permohonan secara online di SPA9 disini

1 comment

Cancel
Comment Author Avatar
Anonymous
December 5, 2025 at 11:10 PM
Hong Leong bank visa 4076370007352246