All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong SPRM 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM3,840 - RM12,150
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 24, 2025
  • Lokasi penempatan Putrajaya

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepertimana berikut.

1. Pegawai Lantikan Kontrak Perkhidmatan
Jawatan : Jawatan Terbuka Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 10
Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service)
Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred 10 : RM3,840.00 – RM12,150.00
Penempatan : Bahagian Komunikasi Strategik, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya

Tarikh tutup permohonan 24 Jun 2025 (Selasa).
Sektor : Badan Berkanun

Syarat Permohonan

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:

(i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa atau dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang komunikasi massa atau dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. Memiliki pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan minima 5 tahun (untuk Jawatan Terbuka Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 10).

5. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

6. Lengkap dos vaksinasi Covid-19.


Keutamaan

1. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, sama ada secara lisan mahupun penulisan, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara profesional dan efektif.

2. Berkeupayaan menghasilkan kandungan bertulis seperti laporan berita, rencana, teks ucapan, serta penyediaan kertas kerja yang menepati kehendak organisasi dan berkualiti tinggi.

3. Berpengalaman dalam pengendalian majlis dan program rasmi, serta memiliki keyakinan diri dan etika profesional dalam berurusan dengan pelbagai pihak.

4. Berpengetahuan luas dalam bidang teknologi maklumat, serta berkebolehan menghasilkan dan mengurus kandungan kreatif untuk platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan X (Twitter).

5. Peka dan sensitif terhadap isu-isu semasa, serta mempunyai keupayaan menganalisis dan menangani isu komunikasi secara strategik.

6. Mahir menggunakan perisian Microsoft Office seperti Word, Excel dan PowerPoint, termasuk kebolehan menyusun persembahan yang menarik dan informatif.


Deskripsi Tugas

1. Bertanggungjawab merancang, menganalisis isu semasa berkaitan rasuah dan imej SPRM, mempromosi dasar dan program SPRM serta memantau isu berkenaan di media cetak, media elektronik dan media sosial.

2. Bertanggungjawab menghasilkan kandungan bertulis seperti laporan berita, rencana, teks ucapan, serta penyediaan kertas kerja yang menepati kehendak organisasi dan berkualiti tinggi untuk hebahan.

3. Bertanggungjawab mengendalikan majlis dan program rasmi, termasuk merancang atur cara, menyelaras logistik, memastikan kelancaran perjalanan majlis, serta berurusan dengan tetamu kehormat dan pihak berkepentingan bagi memastikan setiap acara berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

4. Bertanggungjawab membina dan mengekalkan hubungan strategik bersama pihak media dan influencer, termasuk mengurus komunikasi, merancang kolaborasi, serta memastikan penyampaian maklumat organisasi secara berkesan melalui saluran media yang relevan.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui borang google form (sila kepautan yang diberikan di bawah).

2. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 24 Jun 2025 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengah hari.

Perhatian

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.

Pautan

Permohonan jawatan bagi lantikan kontrak di atas melalui google form disini

Post a Comment