Jawatan Kosong PMBJ November 2025
Pembantu Khidmat Am Gred H1
Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup November 21, 2025
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia atau kepada rakyat Negeri Johor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ) sebagaimana berikut.1. Pembantu Khidmat Am Gred H1
Tarikh tutup permohonan 21 November 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : PMBJ Johor.
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
(a) Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
(b) Borang yang telah lengkap diisi dengan jelas dan terang hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terkini dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut:
i) Salinan Sijil Kelahiran
ii) Salinan Kad Pengenalan
iii) Salinan Surat Berhenti sekolah yang terakhir
iv) Salinan Sijil SPM/SVM/Sijil
v) Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan
KETUA SETIAUSAHA SULIT MENTERI BESAR JOHOR,
PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR,
ARAS 4, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD,
KOTA ISKANDAR,
79502 ISKANDAR PUTERI,
JOHOR BAHRU
Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 November 2025 (Jumaat).
Catatan
(a) Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya dipanggil temuduga, hendaklah menyertakan Surat Sokongan dari Ketua Jabatan, Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini beserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir;
(b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga;
(c) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
(d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA;
(e) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
Pautan
Muat turun syarat kelayakan dan Borang Permohonan jawatan disini
Post a Comment