Ketua Kampung / Ketua Masyarakat Cina Daerah Batu Pahat
Pejabat Daerah Batu Pahat
Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM2,100 - RM4,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup December 31, 2024
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Pejabat Daerah Batu Pahat. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan kepada penduduk Daerah Batu Pahat) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Daerah Batu Pahat ambilan tahun 2025/2026 sebagaimana berikut.1. Ketua Kampung Daerah Batu Pahat
(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung - JPKK)
2. Ketua Masyarakat Cina Daerah Batu Pahat
Tarikh tutup permohonan 31 Disember 2024 (Selasa).
Lokasi penempatan : Batu Pahat, Johor.
Sektor : Kerajaan
Cara Memohon
1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah menggunakan Borang Permohonan boleh diperolehi dari Pejabat Daerah Batu Pahat atau Penghulu Mukim berkenaan. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke pentadbiran ini melalui Penghulu Mukim sebelum tarikh tutup iklan beserta Salinan Kad Pengenalan dan dua (2) keping gambar berukuran passport dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2024 (Selasa).
3. Semua permohonan yang diterima akan dibentang dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemilihan Ketua Kampung dan perakuan akan dimajukan kepada pihak kerajaan untuk keputusan muktamad. Calon yang dipilih akan diistyiharkan secara rasmi di kampung berkenaan setelah keputusan diterima dari pihak kerajaan.
Muat turun
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Post a Comment