Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Jobs Overview
- Taraf Personel MySTEP
- Gaji RM1,900
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup December 31, 2024
- Lokasi penempatan Putrajaya
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Ibu Pejabat, Kementerian Pendidikan Tinggi. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Ibu Pejabat, Kementerian Pendidikan Tinggi sebagaimana berikut.1. MySTEP 29 Bahagian Hubungan Antarabangsa
Taraf : Personel MySTEP
Gaji : RM1,900.00 sebulan
Kelayakan : Diploma atau setaraf dengannya.
Kemudahan : Cuti rehat, cuit sakit, caruman KWSP dan PERKESO.
Tarikh tutup permohonan 31 Disember 2024.
Lokasi penempatan : Ibu Pejabat KPT Putrajaya.
Sektor : Kerajaan
Tugasan Dan Tanggungjawab
1. Membantu menyelaras hebahan biasiswa/ anugerah/ seminar/ persidangan dari pertubuhan antarabangsa/ negara luar di peringkat Kementerian;
2. Membantu menyediakan input untuk penyelarasan dan persediaan lawatan kerja Anggota Pentadbiran dan Anggota Pengurusan Tertinggi Kementerian;
3. Membantu penyelarasan dan persediaan Kunjungan Hormat/ Sidang Video oleh delegasi luar negara ke atas Anggota Pentadbiran dan Anggota Pengurusan Tertinggi Kementerian;
4. Memberikan input untuk urusan penyertaan/ pencalonan ke mesyuarat/ bengkel/ persidangan antarabangsa;
5. Menyediakan artwork hebahan biasiswa/ anugerah/ seminar/ persidangan dari pertubuhan antarabangsa/ negara luar di peringkat Kementerian.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi di laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs. Sila ikuti panduan permohonan di MYFutureJobs di bawah.
Tarikh tutup permohonan jawatan adalah sehingga 31 Disember 2024.
**Perhatian : Tarikh tutup permohonan yang dinyatakan adalah tidak arkurat dan tarikh tersebut hanya jangkaan dari pihak kami. Tarikh tutup permohonan akan ditutup sehingga pengisian jawatan tersebut dipenuhi. Harap maklum.
Cara Membuat Permohonan di MYFutureJobs
-
Sila ke laman MYFutureJobs
-
Kemudian sila ke Menu Bar dan klik Find Jobs
-
Pada ruangan carian sila masukkan katakunci Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan Tinggi dan tekan button Search
-
Klik pada jawatan yang ingin dimohon.
-
Tekan button Apply dan sila login atau daftar baru (bagi pemohon yang belum mendaftar) untuk membuat permohonan jawatan.
Post a Comment