All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2025

Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,650 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 08, 2025
  • Lokasi penempatan Pelbagai Negeri

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S5

Tarikh tutup permohonan 08 September 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri.
Sektor : Kerajaan

Jawatan : Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S5
Kekosongan : 16 Simpanan : 30
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/ projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 08 September 2025 (Isnin), jam 11.59 malam.

Pautan

Permohonan dan kemaskini permohonan secara online di SPA9 disini

Post a Comment