All States
  • All States
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak

Pegawai Kebudayaan Gred B5

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,650 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 25, 2026
  • Lokasi penempatan Sarawak

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026. Permohonan adalah dipelawa Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak sebagaimana berikut.

1. Pegawai Kebudayaan Gred B5

Tarikh tutup permohonan 25 September 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Sarawak
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pegawai Kebudayaan Gred B5
Taraf Jawatan : Tetap
Kampus : Samarahan
Jadual Gaji : RM1,650.00 - RM6,620.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut;
i. Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM 1,650.00); atau
ii. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
iii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
iv. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
v. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,893.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(ii), 1(c)(iii), 1(c)(iv) dan 1(c)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Perhatian Kepada Pemohon

1. Pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
a) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
b) Sijil Tamat Persekolahan
c) Sijil MCE/SPM, HSC/STPM, STAM atau setaraf
d) Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci) jika berkaitan
e) Sijil Pos Basik (jawatan Jururawat sahaja)
f) Lesen Memandu (jawatan Pembantu Khidmat Am sahaja)
g) Semakan Pengiktirafan Kelayakan Akademik dari MQA
h) Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
i) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

4. Nama Jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/separa Kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon- pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
NO.TEL: 082-677200 / 7000


Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 September 2026 (Jumaat).

Pautan

Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini