All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong UiTM Pahang Ogos 2025

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup August 13, 2025
  • Lokasi penempatan Pahang

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pentadbiran lantikan Tetap / Kontrak di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang sebagaimana berikut.

1. Penolong Jurutera (Audio Visual) JA5
2. Pembantu Pustakawan S1
3. Pembantu Sukan S1
4. Pembantu Khidmat Am (Awam) H1

Tarikh tutup permohonan 13 Ogos 2025 (Rabu).
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Pahang
Sektor : Badan Berkanun


Perhatian Kepada Pemohon

1. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama salinan dokumen yang telah disahkan mengikut susunan berikut :-

i. Kad Pengenalan
ii. Sijil Kelahiran
iii. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
iv. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
v. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari laman sesawang : https://www2.mqa.gov.my/esisraf atau MQR : https//www2.mqa.gov.my/mqr
(Wajib disertakan).
vi. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji.
vii. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun/Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat.

3. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

4. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/Separa Kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

5. Hanya calon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak Universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.


Cara-Cara Membuat Permohonan

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA. Sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang.

3. Tarikh iklan dikeluarkan pada 31 Julai 2025 (Khamis). TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 13 OGOS 2025 (RABU) JAM 5.00 PETANG.

4. Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PAHANG
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK
JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
No. Tel : (09-4602000 / 2032)


Pautan

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Post a Comment